Sunday, June 28, 2020

PERBINCANGAN: OBJEKTIF 2



 
 

Iklim bilik pembelajaran berkaitan dengan pengurusan bilik pembelajaran seperti pembentukan iklim fizikal, sosial, dan emosi hendaklah diambil berat untuk membentuk suasana pembelajaran yang efektif dan positif. Suasana pembelajaran yang berkesan tidak terbina dengan hanya memberi tumpuan pada proses penyampaian isi pengajaran guru sahaja tetapi turut melibatkan aspek pengurusan bilik darjah serta tingkah laku pelajar. Jadi guru hendaklah menguasai ilmu mengurus bilik darjah agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalan dengan tanpa gangguan. Pengurusan fizikal seperti suasana bilik yang kemas dan terang dan papan kenyataan yang lengkap hendaklah diutamakan oleh seorang guru. Seterusnya, dari segi aspek pengurusan, guru hendaklah mahir dalam berkomunikasi dengan murid agar ilmu yang disampaikan boleh difahami oleh murid. Pengunaan bahasa yang mudah difahami dapat meningkatkan tahap kefahaman murid. Guru yang menggunakan alat bantuan mengajar sebagai medium penyampaian dapat menarik perhatian pelajar. Akhirnya, dari segi emosi, guru perlu mengambil kira keperluan murid iaitu keperluan fisiologi, psikologi dan akademik. Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting dalam mengurus bilik darjah supaya memenuhi ciri-ciri iklim bilik pembelajaran untuk menyokong guru untuk mengawal keadaan sosial bilik pembelajaran.

Thursday, April 9, 2020

Data Kajian: Soalan dan Jawapan Temubual (Ciri Fizikal)



1. Bagaimanakah cikgu mengurus bilik darjah untuk memastikan proses pengajaran dan   pembelajaran dijalankan dengan efektif?

JAWAPAN GURU A:
Saya akan memasti bilik darjah mempunyai perabot yang cukup dan dalam keadaan baik. Seterusnya, saya akan mengurus jadual bartugas dan sudut mata pembelajaran. Saya juga akan menyedia pelbagai alat bantu mengajar supaya menghasilkan proses P&P yang efektif.

ANALISIS:
Bilik darjah yang kondusif mestilah mempunyai peralatan asas atau keperluan kritikal iaitu papan hitam, papan kenyataan, dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari yang dihiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan.Cahaya yang mencukupi dan pintu dan tingkap yang terbuka yang membolehkan pengedaran udara yang secukupnya.Papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan, kata-kata motivasi, termasuk kemudahan penggunaan laman sesawang, komputer dan LCD sehingga melahirkan pembudayaan bilik darjah yang kondusif.

2.Adakah susunan meja di bilik darjah mempengaruhi keberkesanan proses pembelajaran di kelas Mengapa?

JAWAPAN GURU A:
Susunan meja di bilik darjah membawa kesan yang signifikan.Pelajar dapat berbincang dengan kawan atau berkomunikasi dengan guru tentang masalah yang dihadapi dengan lebih mudah sekiranya susunan meja dalam bentuk berkumpukan.

ANALISIS:
Persekitaran fizikal bilik darjah adalah penting kerana persekitaran yang kondusif boleh menggalakkan dan menghalang pembelajaran daripada terus berlangsung.Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada murid mengadakan aktiviti pembelajaran yang berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. Penyusunan kerusi-meja murid mengikut kumpulan yang sesuai akan memudahkan interaksi di antara murid dengan murid dan guru dengan murid.


3.Pada pendapat cikgu, adakah terdapat perbezaan di antara strategi mengurus bilik pembelajaran pada zaman dahulu dan abad ke-21? Jelaskan.

JAWAPAN GURU A:
Susun atur bagi kelas pada zaman dahulu lebih sesuai untuk proses P&P yang bersifat interaksi sehala iaitu dari guru kepada murid  manakala susun atur bagi kelas pada abad ke-21 adalah mesti mempunyai beberapa ciri yang penting, iaitu membolehkan pelajar terlibat secara aktif dengan pdp yang berlangsung, membina ruang autonomi pembelajaran dan menselarikan ruang pembelajaran fizikal dengan ruang pembelajaran mental.


ANALISIS:
Susunan bilik darjah pada zaman dahulu sesuai apabila seorang guru menyampaikan pengajaran dengan penggunaan ‘Kaedah Keseluruhan Kelas’.Menggunakan pendekatan yang berpusatkan kepada guru.Murid  tidak diberi peluang untuk bertanyakan soalan serta bergerak kecuali duduk diam dan hanya mendengar.
Susun atur meja kerusi pada abad ke-21 terdapat beberapa penyusunan kerusi meja yang perlu diubahsuai dan sesuai untuk dipraktikkan di dalam bilik darjah.  Antaranya ialah, meja guru boleh diletakkan di hadapan kelas ataupun dipenjuru hadpan kelas supaya tidak menggangu pergerakan murid-murid. Hal ini kerana, akan menghadkan pergerakan guru dan akan dapat mengurangkan pelajar duduk secara berdekatan. Selain  itu, meja pelajar haruslah ditempatkan berhampiran  atau berhadapan dengan papan tulis. Hal ini akan memudahkan para pelajar untuk memahami pengajaran yang akan disampaikan oleh guru serta pelajar juga mudah untuk bertindak mengikut arahan guru.Pembelajaran dalam kumpulan dapat memberikan input yang jelas kepada pelajar berkenan dalam sesuatu topik. Apabila dalam kumpulan, semua pelajar akan berkongsi idea dan padangan tentang topik yang dibincangkan. Selain itu, aktiviti berkumpulan ini juga, dapat mewujudkan interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar. Guru hanya akan bertindak sebagai pembimbing atau fasilatator yang memantau perbuatan pelajar dalam kumpulan.


4.Apakah alat bantu mengajar (ABM) yang cikgu kerap guna dalam bilik pembelajaran dan jelaskan adakah ia berhasil?



JAWAPAN GURU A:
Saya mengajar mata pelajaran sains dan ABM yang kerap digunakan oleh saya ialah filem slide dan filem tayangan experimen. ABM membawa kesan signifikan kerana pelajar dapat menumpukan perhatian dan tahap kefahaman tentang topik yang saya ajar ditingkatkan.

ANALISIS:
ABM boleh dibahagi kepada dua kategori. ABM bukan elektronik iaitu ABM asas  seperti papan tulis, buku teks, papan pamer, buku rujukan, grafik model, papan pengajaran, gambar, carta, grafik, model, surat , lukisan, majalah, risalah, nota-nota, kertas kerja, skrip, fail tegak, bingkai carta pusing, kad imbasaan, kad cantuman, boneka, bahan-bahan permainan dan sebagainya. Seterusnya, ABM berbentuk elektronik seperti filem tayangan, filem jalur, filem slaid, OHP, projektor LCD, pita video, pita rakaman, piring hitam, kad audio, lutsinar OHP, tv atau VCR, cakera padat audio, komputer, internet dan disket komputer. 

Penggunaan bahan bantu mengajar juga dapat mencetuskan minat pelajar.pelbagai bahan bantu mengajar digunakan sebagai satu cara untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan. Cara penggunaan bahan bantu mengajar hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap supaya pelajar dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta matematik dalam ingatan mereka.Penggunaan alat bantu mengajar sebenarnya memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria seperti deria penglihatan, deria sentuh, dan deria pendengaran.