Sunday, June 28, 2020

PERBINCANGAN: OBJEKTIF 2



 
 

Iklim bilik pembelajaran berkaitan dengan pengurusan bilik pembelajaran seperti pembentukan iklim fizikal, sosial, dan emosi hendaklah diambil berat untuk membentuk suasana pembelajaran yang efektif dan positif. Suasana pembelajaran yang berkesan tidak terbina dengan hanya memberi tumpuan pada proses penyampaian isi pengajaran guru sahaja tetapi turut melibatkan aspek pengurusan bilik darjah serta tingkah laku pelajar. Jadi guru hendaklah menguasai ilmu mengurus bilik darjah agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalan dengan tanpa gangguan. Pengurusan fizikal seperti suasana bilik yang kemas dan terang dan papan kenyataan yang lengkap hendaklah diutamakan oleh seorang guru. Seterusnya, dari segi aspek pengurusan, guru hendaklah mahir dalam berkomunikasi dengan murid agar ilmu yang disampaikan boleh difahami oleh murid. Pengunaan bahasa yang mudah difahami dapat meningkatkan tahap kefahaman murid. Guru yang menggunakan alat bantuan mengajar sebagai medium penyampaian dapat menarik perhatian pelajar. Akhirnya, dari segi emosi, guru perlu mengambil kira keperluan murid iaitu keperluan fisiologi, psikologi dan akademik. Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting dalam mengurus bilik darjah supaya memenuhi ciri-ciri iklim bilik pembelajaran untuk menyokong guru untuk mengawal keadaan sosial bilik pembelajaran.

No comments:

Post a Comment